10 May 2012

[ nExt ]

agak2, de tak orang nak belanje hp nie? seyes minat sgt2.. tp,pulus plak yg x brp nk minat..so,plsss..kalo de org nk blnje,jgn segan silu bgtau yerk.. kecik tapak tangan, sebesar lautan ku tadahkn.. ^_^

 smge Allah mempermudahkan impian ku ini..amin 

08 May 2012

[ kEkaSih AwaL & AkhiR ]

KEKASIH AWAL DAN AKHIR

Malam menanti siang
Siang menanti malam
Bagai berkurun lamanya
Masa memisahkan kita
Hingga ku terlupa
Pada paras lupa

Malam mencari mimpi
Siang mencari erti
Tersingkap seribu makna
Terucap seribu kata
Terkupaslah rahsia

Sekian lama berpisah
Akhirnya bertemu
Mengenang dosa
Mengenang rindu
Dan ternyatalah
Cintaku yang satu
Oh… oh…

Kau kekasih awal dan akhir
Kau kekasih batin dan zahir
Setelah ku sedari
Cintamu yang abadi

  Takku hairan takku peduli
Walau bulan jatuh ke bumi
Dan hadir bidadari
Tak ku mimpikan lagi

Kerana kau lebih mengerti

nota tangan : 9 bulan sekejap awk..terlalu lme rsenye.. smlm,rezeki sye gknye dpt tgk awk.. xbyk prbhn, tp ble sye tgk muke awk.. 1 je yg sye nmpk, ego!!! sye xtau npe tu yg sye nmpk..

30 April 2012

[ Enam Perkara Yang Lelaki Cari Dari Seorang Wanita ]

Bagi wanita yang inginkan kebahagian dalam hubungan percintaan perlu tahu apa yang lelaki inginkan dari mereka. Tanpa pengetahuan mengenai lelaki adalah mustahil sesuatu perhubungan itu akan berkekalan. Wanita perlu memahami apa yang lelaki ingin dan apa yang lelaki perlukan.
Sebenarnya bukan susah untuk wanita menduga apa yang lelaki ini inginkan. Disini kami di NotaHati akan kongsikan kepada anda enam perkara yang lelaki cari dari seorang wanita di dalam sesuatu hubungan. Ayuh kita selaminya.

Lelaki ingin wanita yang boleh berikan rasa cinta pada mereka

Lelaki sebenarnya ingin mencintai wanita yang mencintai dirinnya berbanding mencintai wanita yang tidak mencintai dirinya. Jika anda berjumpa lelaki yang anda suka, anda berikan dia rasa cinta, nescaya peluang anda untuk miliki cintanya adalah lebih luas.

Lelaki ingin cari wanita yang menarik

Definisi wanita yang menarik adalah berbeza bagi setiap lelaki. Namun, mereka sentiasa mencari wanita yang menarik di mata mereka untuk di jadikan pasangan.

Lelaki ingin cari wanita yang cantik di mata mereka

Lelaki sentiasa mahukan wanita cantik dalam hidup mereka. Namun, cantik juga adalah perkara yang subjektif dan berbeza pendapatnya bagi setiap lelaki. Jika ada lelaki memilih anda jadi temannya, percayalah anda adalah wanita tercantik di mata dia.

Lelaki ingin cari wanita yang setia

Lelaki sentiasa berimpikan memiliki seorang wanita yang setia. Bagi mereka, wanita setia adalah aset paling berharga kerana wanita itu akan berada di samping mereka ketika susah dan senang.

Lelaki ingin cari wanita yang yakin pada dirinya

Lelaki akan memilih wanita yang paling percaya pada dirinya. Bagi seorang lelaki, kepercayaan dan keyakinan dari wanita yang mencintainya adalah penting. Bagi mereka, wanita yang yakin pada diri mereka akan membuatkan mereka lebih semangat.

Lelaki suka wanita yang berfikiran terbuka

Sekarang adalah zaman moden dan berfikiran terbuka antara kriteria yang di cari oleh lelaki zaman sekarang. Bagi mereka, wanita yang berfikiran terbuka lebih senang untuk di jaga dan di belai.

Jadi anda dah pun mengetahui apa yang lelaki ingin. Apa lagi! Jangan ditunggu. Mulakan langkah anda sebagai wanita untuk menambat hati si dia. Pasti hubungan anda akan berkekalan dan bahagia.

31 March 2012

[ ♥~ S.A.L.E.S ~♥ ]

Assalamualaikum wrt..

Untuk menghabis kan stok yang ada & nak bawak masuk stock baru..  
Syazzas Shoop nk wt sale okey!!!
so,cpt rebut peluang ni sblm terlmbt..

♥~~ TUDUNG BAWAL PLAIN ~~♥

1 - 2 helai : RM9
3 helai ke atas : RM8 only!!!

~ bawal jepun no 1 gred A
~ kain yg sangat lembut dan mudah di pakai
~ berjenama kangaroo
~ mudah di pkai dan d bentuk d muka


♥~~ TUDUNG BAWAL 2 TONES ~~♥

1 - 2 helai : RM14
3 helai ke atas : RM13 only!!!

~ bawal jepun no 1 gred A
~ kain yg lembut dan mudah di pakai
~ mudah di pkai dan d bentuk d muka


p/s : de free gift tau kalo beli byk ♥


♥~~ TUDUNG BAWAL PLAIN ~~♥











♥~~ TUDUNG BAWAL 2 TONES ~~♥







23 March 2012

[ JikA diE bUkan JoDohku? ]

Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. 

Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud Ayat-9:
“Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”
Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan.

Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.

Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita.

Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita.

Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.

 
Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.

Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.

Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman. InsyaAllah.. =)

source : http://pakarcinta.com/blog/jika-dia-bukan-jodohku/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cEritAkU biLe aKu bErbiCarA | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Siti Nor Hidayah Binti Basir :)

~ Copyrihgt@Semua Yang Tercatit Di Dalam Blog Ini Adalah Hak Milik "http://miss-izya.blogspot.com" ~